Sunday, 3 July 2016

PENGORBANAN SEORANG SUAMI YANG ISTERI TIDAK PERASAN - Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk Suami Teman Isteri Keluar 'Shopping' Raya, Dikongsi Lebih 14,000 Kali..APA LAGI KONGSILAH RAYA DAH DEKAT NI


'Shopping' satu istilah yg begitu sinonim dengan wanita, tidak kiralah membeli belah di tempat mahal atau murah, lebih-lebih lagi hampir dengan musim perayaan....

...Sifat suka membeli belah ini ada baik & ada buruknya, buruknya bila sikap tidak berjimat cermat diamalkan akan membuatkan kita susah di belakang hari, salah satu kebaikannya, sudah pasti isteri akan 'shoping' semua untuk suami dan anak-anak, jadi merasalah semua pakai baju baru walaupun ada segelintir terpaksa guna duit suami....

-Kebiasaannya si suami pasti akan jadi tukang pegang barang bila isteri 'shooping'kan?.????

Lelaki bernama Wan Muhd Ali ini kongsikan kepada suami atau bakal suami tips bila teman isteri anda kelur shopping pakaian raya.,,,

jom kita baca....

*************************************************************************
.


-Buat mereka (lelaki) yang belum kahwin, ini antara nota kecil yang mungkin berguna untuk anda di masa akan datang.
.
-Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan.

-Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut 1 persatu.

-Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut.

-Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dgn muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman....
.
-Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya....

-Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan....

-Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung atau jaga anak kecil tu. Isteri kita akan hilang sekelip mata sahaja. Sekejap dia di depan, sekejap di belakang, tiba2 ada di sebelah kiri atau kanan, kadang2 hilang terus. Kena call baru jumpa.
...Boleh sakit tulang belakang dukung anak dari tingkat 1 sampai tingkat 8. Sebaiknya bawa stroller.
.
Ketika isteri sedang pilih2 pakaian dan tanya, cantik tak pakaian tu, jangan cakap semua cantik, tapi pandai2 la komen..

"Macam senget sikit.."

"Warna terang sangat.."

"Rasa2 yang tu lagi sesuai.."

Dan seumpamanya walaupun di mata kita semua nampak sama saja. Isteri kadang2 bukan nak minta pandangan kita sangat, cuma saja2 nak manja dan tengok apa kita jawab. Dia tahu citarasa kita bukan best sangat pun.

Maka pandai2 bagi pendapat untuk hiburkan hatinya.



Walaupun ingin hiburkan hatinya, kita kena berhati hati dengan jumlah perbelanjaan waktu tu. Isteri biasanya akan tergoda macam nak tergolek atas lantai kalau nampak offer 50%, 70% dan ke atas.

"Bang... Tengok tu bang! Diskaun 70%! Mana Nak dapat ni bang, ni rezeki kita dengan anak2 ni bang. Kalau lambat kompem habis bang! Wajib beli ni!"

Bagi isteri, membeli barang offer adalah satu kemenangan. Bagi anda pula, cuba elakkan poket kering adalah satu kejayaan. Maka berjuanglah dgan aman...
.
Kita mungkin akan pulang dengan keadaan yang lebih penat dari bersenam di Gym. Sebaliknya isteri pula pulang dalam keadaan riang gembira...
.
Kalau kita rasa kita kuat, ketika shopping, isteri lagi kuat dari kita....
.
Saat itu mungkin adalah antara aktiviti yang menggembirakan mereka. Teman mereka tanpa banyak soal. Meskipun muka kita memang sah2 nampak bosan dan letih, tutup mulut dan biarkan mereka habiskan masa untuk shopping....
.
Di rumah mereka penat jaga anak dan berhias untuk kita. Jarang2 sekali teman dia dengan senang hati. Inilah antara tugas kita sebagai suami....
.
Jika rasa penat, perhatikan wajah suami orang lain dalam mall tersebut. Mereka mungkin lebih penat dari anda. Bersyukurlah......

- Siakapkeli.my

Saturday, 2 July 2016

JANGAN AMBIL RISIKO!! INI ADALAH 4 JENIS RUMAH YANG MENJADI "FAVOURITE JIN". PASTI BERDIRI TEGAK BULU ROMA KORANG




PERHATIAN!! PESANAN PENTING DR MAZA... TOLONGLAH, JANGAN BUAT BENDA INI DI HARI RAYA TAHUN INI !!! KALAU ANDA TAK MAHU RASA AKIBATNYA... SEBARKAN KEPADA AHLI KELUARGA SEBELUM TERLAMBAT!


PERHATIAN!! PESANAN PENTING DR MAZA... TOLONGLAH, JANGAN BUAT BENDA INI DI HARI RAYA TAHUN INI !!! KALAU ANDA TAK MAHU RASA AKIBATNYA... SEBARKAN KEPADA AHLI KELUARGA SEBELUM TERLAMBAT!  | Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya. Ini Jawapan DrMaza Yg Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!! Soalan:- Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya & keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dgn ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?
Ina, Johor

**Jawapan Dr MAZA: Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yg sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yg betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kpda kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. *Hari raya adalah hari membesarkan Allah & bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yg dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(maksudnya) “..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerna mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. *Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Dalam Sahih al-Bukhari ada بَابُ شُهُودِ الحَائِضِ العِيدَيْنِ وَدَعْوَةَ المُسْلِمِينَ، وَيَعْتَزِلْنَ المُصَلَّى (Bab Wanita Haid Menghadiri Dua Hariraya dan Seruan Kaum Muslimin Serta Menjauhi Tempat Solat) Kata Ummu Atiyyah r.aha:
أُمِرْنَا أَنْ نُخْرِجَ الحُيَّضَ يَوْمَ العِيدَيْنِ، وَذَوَاتِ الخُدُورِ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ، وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلُ الحُيَّضُ عَنْ مُصَلَّاهُنَّ
“Kami (kaum wanita) diperintahkan (oleh Rasulullah s.a.w) agar membawa keluar wanita haid pada hari raya fitri dan adha; termasuk juga para gadis agar menyertai perhimpunan dan seruan kaum muslimin. Adapun mereka yang haid menjauhi tempat solat (tidak solat)” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke perhimpunan solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. *Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى المُصَلَّى، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari: “Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”. Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut: “Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. *Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha: bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda:
يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
“(Biarkan mereka) wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. *Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ، يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالحِرَابِ، فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِمَّا قَالَ: «تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ؟» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ، خَدِّي عَلَى خَدِّهِ، وَهُوَ يَقُولُ: «دُونَكُمْ يَا بَنِي أَرْفِدَةَ» حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ، قَالَ: «حَسْبُكِ؟» قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «فَاذْهَبِي»
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya....
6. *Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. *Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. *Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. *Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur....
10. *Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. *Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan. KREDIT FB DRMAZA......
 SEBARKAN...

AWAS!! INI TAKTIK TERKINI PENCURI SEMPENA HARI RAYA!! SEBARKAN




BONGKAR AKHIRNYA!! CERITA SEBENAR AYUNI DIDEDAHKAN EKPADA UMUM..HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN LIDI,KANTOI SUDAH..



SELEPAS DIKALAHKAN, INI LUAHAN AIDIL MEMANG BUAT RITA MENANGIS SAMPAI BENGKAK MATA.. TERPANCAR WAJAH KESEDIHAN SEORANG LELAKI..



TOLONG BACA ... 'Mama Janganlah Sedih, Rhaina Okay..." LIKE DAN UCAPKAN AAMIN SEMOGA ADIK INI SIHAT.. SEBARKAN BIAR 1 MALAYSIA BERDOA UNTUK ADIK INI..KESIANNYE..








TOLONG BACA ... 'Mama Janganlah Sedih, Rhaina Okay..." LIKE DAN UCAPKAN AAMIN SEMOGA ADIK INI SIHAT.. SEBARKAN BIAR 1 MALAYSIA BERDOA UNTUK ADIK INI..KESIANNYE.. | Saya nekad, saya akan berkongsi cerita mengenai anak perempuan saya bernama Rhaina Keila. Sila baca, kerana di setiap gambar ada ceritanya. 



**************************************************************************
2013, saya disahkan mengandung anak teman lelaki saya. Saya menangis sebab saya belum bersedia unuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Tetapi teman lelaki saya memberitahu dia sanggup memikul tanggungjawab itu dan menjadi ayah yang baik kepada anak kami. 






31 Mei 2013, pemeriksaan ultrasound. 11 November 2013, kami dah tahu jantinanya, bayi perempuan! 




___Gambar selfie kandungan berusia 4 bulan bersama ayahnya, Rhonyl. 

25 Disember 2013, 6.40 pagi, baby selamat dilahirkan. #Welcome baby Rhaina Keila Boado Padilla. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan anak yang sempurna ini.





Pergi klinik untuk follow up check up....











****************************************************************************
Gambar Rhaina dari 25 Januari hingga 25 Oktober 2015


25 November 2014, kami tengah membuat persiapan untuk hari lahir pertama Rhaina. Tetapi hari yang sepatutnya gembira itu bertukar menjadi mimpi ngeri.




***********************************************************************************
25 Disember 2015


Kami semua teruja bukan kerana Hari Krismas, malah menyambut hari kelahiran pertama Rhaina. Kami dah rancang dan buat persediaan yang rapi untuk birthday pertamanya sebab kami mahu membuatnya gembira dan rasa dirinya istimewa.....


Ketika berusia 11 bulan, kami perasan ada reflection# yang pelik di bahagian mata kiri Rhaina. Ia seperti pantulan cahaya yang biasa terdapat pada kucing pada waktu malam. Jadi, kami bawa Rhaina berjumpa dengan doktor untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada mata Rhaina. ....







>..Temujanji dengan pakar opthalmologist pada 5 Januari 2015. Doktor jalankan pemeriksaan pada mata Rhaina 30 minit. Keputusan yang diberikan doktor ternyata mengubah kehidupan kami. Doktor memaklumkan bahawa mata kiri Rhaina telah buta. Saya tak tahu nak rasa apa dan nak buat apa melainkan menangis. Doktor mencadangkan Rhaina membuat CT Scanned untuk mengesahkan diagnosis dan rawatan awal. 


>...Rhaina mengalami Retinoblastome di bahagian mata kirinya, #tumor malignan mata yang biasa menyerang kanak-kanak. Doktor menjelaskan kepada saya bahawa ujian perlu dilakukan segera dan memilih rawatan yang ada. Kami diberikan dua pilihan rawatan. 


Keluarkan mata Rhaina atau memulakan kemoterapi. 


..Tetapi kami buat keputusan untuk mengeluarkan mata Rhaina agar ia tidak merebak ke bahagian otak dan mata kanan. Syukur mata kanannya mempunyai pengelihatan yang sempurna. 






>...Sebelum pembedahan, kami pergi ke Pines City Doctor's Hospital's Chapel unuk berdoa dan meminta Tuhan menjayakan pembehdahan itu. 23 Januari 2015, mata kiri Rhaina telah dibuang. Syukur bagi saya melihat dia begini, namun saya juga perlu tabah. Selepas dua hari, kami bawa dia pulang ke rumah. 





...Cantiknya senyuman! Setelah apa yang berlaku, dia masih mampu untuk senyum, bermain dan tidak pernah terasa jengkel dengan balutan di matanya itu. 


...Seminggu kemudian, kami pergi ke Baguio lagi untuk follow up check up. Balutan di kepala dan matanya dibuka. Walaupun dia hanya mempunyai satu mata, dia masih kelihatan sempurna di mata saya. 






>Selepas dua minggu, kami dapat keputusan dari #pihak patologi yang menyatakan bahawa kanser telah merebak. Jadi kami berbincang mengenai hal ini dengan pihak opthalomologist dan Rhaniana dirujuk pada pediatric oncologist bagi menjelaskan apa yang kami perlu buat seterusnya. Mereka memaklumkan bahawa Rhaina perlu menjalani rawatan seperti kemoterapi. Sebelum kemoterapi, dia akan buat bone scan, bone marrow aspiration dan cerebrospinal fluid. 


Tak tahu nak rasa apa pada ketika ini melainkan rasa gelisah akan masa depannya kelak. 





>Setiap hari kami berdoa kepada tuhan agar anak kami disembuhkan dan meminta petunjuknya. Kami tidak pernah terlupa mengucapkan terima kasih kepada tuhan kerana menjadikan anak kami tabah dan berani menjalankan kemoterapi. 






Pihak Opthalmologist berikan mata palsu pada baby Rhaina secara percuma. 


September 2015, Rhaina discaj selepas melakukan 6 peringkat kemoterapi. 


>Dia diberi menggunakan mata palsu. Nampak seperti normal, seperti tiada apa-apa yang dikeluarkan dari badannya. Kami ingat, segalanya baik-baik saja sehingga... rupa-rupanya hanya 'kegembiraan' seketika sahaja bila mana keadaan Rhaina menjadi lebih teruk. 






Oktober 2015, kami pergi ke Baguio General Hospital Medical Center untuk follow up check up. Doktor jelaskan yang Rhaina perlu berada di pengawasan mereka. 



Kami buat segala ujian, namun keputusan ct-scan Rhaina tidak normal. Doktor jelaskan keputusan itu kepada saya dan memaklumkan terdapat ketumbuhan baru. Rhaina perlu jalani MRI untuk pengesahan.






Sample tulang sum-sum dan cecair cerebrospinal Rhaina diambil. Sayu melihat Rhaina menangis kesakitan. 



>Hari demi hari berlalu. Doktor sarankan Rhaina buat MRI secepat mungkin namun kita tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melakukan prosedur itu. Syukur pada tuhan membuka hati saudara mara, keluarga dan kawan-kawan berikan bantuan kepada kami. 






>Prosedur selesai dijalanan dan keputusannya mengesahkan bahawa terdapat ketumbuhan baru dalam kanser tersebut yang juga dipanggil sebagai tumor. Lalu doktor menyarankan Rhaina jalankan lagi rawatan kemoterapi . Kami akur dan berharap dia akan sembuh selepas ini. 



Kami jadualkan rawatan kemoterapi pertamanya pada 21 Disember 2015 dan dos kali ini lebih tinggi dari sebelumnya. Kemoterapi ini dilakukan sebelum Rhaina berusia 2 tahun. 






>Sambutan hari lahir kedua Rhaina. Kami sediakan majlis hari lahirnya dengan Hello Kitty yang menjadi kegemarannya selama ini. Ramai yang datang dan Rhaina kelihatan gembira. Dia juga menerima banyak hadiah dan teruja mahu membuka kesemuanya. Sejuk hati melihat dia senyum dan ketawa walaupun di sebalik kesemua itu, dia sakit.






>Setiap kali melalui prosedur ini, dia perlu 'ditidurkan' kerana dia masih kecil dan tidak mampu mengawal dirinya daripada bergerak dalam mesin ct scan walaupun untuk beberapa minit. 


Kanser Rhaina telah meningkat ke tahap keempat. Kami buat keputusan untuk hentikan rawatan kemoterapi. 






2 Mei 2016, Rhaina demam dan muntah banyak kali. Jadi kami hantar dia ke hospital untuk diperiksa oleh doktor. Kami tidak menyangka doktor menyarankan Rhaina dimasukkan ke wad kerana terdapat jangkitan kuman menyebabkan Rhaina muntah dan demam panas. Bimbang dengan kesihatan Rhaina, kami akur dan tinggal di hospital bersamanya selama sebulan. 








Kami bersyukur, ramai yang datang melawat anak kami setiap hari. Ramai yang kagum dengan kebijakan, kecomelan dan paling utamanya dia adalah pesakit kanser yang berani. Selama sebulan di situ, dia masih mampu ntuk bermain, ketawa, melukis, mewarna, buat lawak dan terus menceriakan kami. Tidak pernah dia menunjukkan yang dia lemah. Meskipun dalam situasinya yang tidak sihat itu, kelakuan dia banyak seperti kanak-kanak normal. Rhaina kata, kalau dia dah sembuh, dia nak hidup untuk jangka masa yang lama. 






28 Mei 2016, Rhaina akhirnya dibenarkan pulang. 


>Kami tak dapat jelaskan betapa gembiranya dia bila dia dibenarkan pulang. Bila tiba di rumah, dia nak turun dan bermain meskipun dia tidak berkemampuan untuk bergerak secara normal. Saya gembira melihat dia tersenyum pada hari itu. Dia kata, dia tidak mahu pergi ke hospital lagi yang saya rasa dia trauma dengan jarum suntikan yang hinggap ke badannya setiap ketika berada di hospital. Dia tak boleh langsung dengar perkataan hospital. 






.Ketika berada di hospital, saya tanya dia mahu pergi ke mana? Dia jawab dia mahu pergi ke Pugad (mini zoo). Jadi, 30 Mei 2016, kami tunaikan permintaannya. Ramai yang melihat Rhaina dengan pandangan yang pelik dan simpati. Kerana dia tidak nampak seperti budak normal dengan ketumbuhan yang semakin membesar di mukanya. 

>Bagi kami, dia tetap anak kami dan akan diberi layanan istimewa dan seperti anak yang normal. Pulang saja dari Pugad, dia tak henti-henti berkata yang dia sangat gembira melihat haiwan-haiwan di mini zoo itu tadi. 






Sepanjang hari dia bermain dengan mainannya. Dia bermain dengan saya, ayahnya sehinggalah dia kepenatan. 


Semakin teruk. Ketumbuhan di wajahnya semakin cepat. Hari ini, dia hanya mahu baring sahaja. Dia cepat keletihan walaupun hanya duduk beberapa minit. Dia tidak dapat mengimbangi kepalanya kerana ketumbuhan itu. 






Jelas sekali dalam gambar ini menunjukkan dia dalam keadaan sakit. 


>Minuman Chuckie merupakan minuman kegemarannya. Biasanya dia gembira bila melihat air kotak ini, namun perkataan gembira itu tidak sesuai dengan wajahnya lagi kerana dia tidak dapat menunjukkan senyuman manisnya kerana ketumbuhan itu. Walaupun dia gembira, wajahnya tidak menunjukkan ekspressi gembira. 






>Sayu hati saya melihat anak perempuan saya yang menderita sebegini. Dia tidak lagi dapat bercakap dengan baik, tidak dapat berjalan, tidak dapat menghidu, pendengaran juga terjejas dan mata kirinya kini juga turut terjejas. 







>Buat pertama kalinya hari ini, dia kata kepalanya terasa sangat-sangat sakit dan dia menangis teruk. Sebelum ini, dia akan beritahu jika dia sakit. Namun kali ini dia tidak mahu mengaku kerana tidak mahu kami berasa bimbang. Dia juga tidak suka melihat wajah kami yang risau dan sedih padanya. Dia benci kami buat begitu.



>Sebulan semenjak discaj dari hospital. #Sel kansernya sangat agresif. Habis keseluruhan wajahnya, dada, leher dan tangan kirinya turut terjejas. Meskipun dalam keadaan sebegini, dia mahu mahu menyambut majlis hari lahirnya yang ketiga. Kami dapat rasakan keinginan dia untuk hidup lebih lama. - Brave Little Rhaina