Thursday, 31 March 2016

Muaz Aziz - 'Kenapalah Dia Tak Faham Yang Saya Tak Nak Beli?'


$%"Eh?! Mokcik bagi duit itu bukan nak suruh anak beli. Mokcik nak bagi sedekah tu," jawabnya serba salah, bimbang kami salah sangka.

"Tidak, memang mahu makan keropok ikan parang. Ada tak?" kata isteri saya untuk menghilangkan rasa gelisahnya.

"Terima kasih ya, Alhamdulillah," jawabnya panjang.

Sekali lagi dia melihat si kecil dan berlalu pergi mencari rezeki yang dijanjikan.

Saya terdiam di dalam kereta. Banyak kelodak dalam jiawa yang perlu dibersihkan. Saya lupa makcik itu juga adalah wanita dan ibu yang mempunyai perasaan sayang dengan anak-anak kecil.

Walaupun duit jualan banyak, margin untungnya pada orang atas, bukan pada makcik ini sendiri. Kita sebagai manusia dan muslim, belikanlah air minuman atau roti sebagai alas perut buat mereka.

Mungkin juga lamanya dia datang ke bumi Malaysia meninggalkan anak cucu demi mencari rezeki sehingga rindu pada anak kecil tidak tertahan.

Sekali lagi peringatan buat diri saya, jangan penat untuk memberi. - Muaz Aziz


sumber asal

No comments:

Post a Comment