Monday, 4 April 2016

Biar Betul!! Rupanya Inilah Kaitan Hutang 8 Juta Fizo Omar Dengan Tudung Fareeda ! Ramai Tak SANGKA !


$%Bermula dengan perniagaan Hot Burger bertujuan membantu anak bangsa memperbaiki kehidupan mereka, Fizo kini berjaya menubuhkan beberapa syarikat termasuk pengiklanan.
“Konsep saya ‘memberi’ dan tidak meraih keuntungan pun daripada perniagaan burger itu, namun Allah SWT beri saya rezeki daripada pelbagai sumber. Kini ada 150 gerai Hot Burger di seluruh negara.
“Saya berkongsi resipi kejayaan dengan memberi ceramah motivasi kepada orang ramai. Bagi menambah ilmu di dada, saya turut aktif menghadiri seminar orang lain,” katanya.
Segala pengalaman yang pernah dilalui jejaka berjiwa besar ini diabadikan dalam buku berjudul Fizo Omar yang ditulis Abie Abdullah. Buku itu, baru saja dilancarkan Jumaat lalu dan hanya dijual menerusi dalam talian selain boleh dibeli dalam program seminar anjuran Dr Azizan dan Fizo.
“Buku ini terlalu peribadi buat saya, ia bukanlah biografi penuh tetapi lebih kepada mengupas pahit maung dalam mencari erti sebenar kehidupan. Saya pernah tewas dengan dugaan hidup sehingga tanya pada diri kenapa semua ini terjadi dan mengapa saya yang kena.
“Bagaimanapun apabila belajar kenapa saya dipilih Allah untuk berdepan dugaan itu, saya rasa sangat bersyukur. Saya belajar ikhlaskan hati dan memaafkan orang yang pernah menganiaya saya. Alhamdulilah, selepas itu rezeki saya semakin murah.
“Kegagalan peluang untuk memperbaiki diri dan setiap yang berlaku adalah penyebab. Jika saya tidak ditipu, mungkin saya masih berada di takuk lama.
“Kegagalan dalam sesuatu perkara juga membuka pintu rezeki yang lain. Syukur, rezeki yang diperoleh hari ini membolehkan saya membeli kediaman idaman di Country Heights Kajang dan kereta impian,” katanya.
Berikutan sibuk menumpukan perhatian mengembangkan perniagaan, Fizo mengakui kali terakhir muncul dalam drama tiga tahun lalu.
“Bukan saya kata berlakon itu tidak bagus cuma saya kena keluar daripada zon selesa untuk mencari pembaharuan dan sesuatu yang lebih menjamin. Dulu saya senyum saja depan peminat, pe­nganjur bayar saya belasan dan puluhan ribu ringgit, tetapi apabila dugaan datang ia menyedarkan saya daripada lena yang panjang.
“Bayangkan segala harta yang saya cari selama ini terasa tidak bermakna langsung apabila ditipu RM8 juta. Ibu juga antara penyebab saya melakukan perubahan kerana tidak mahu dia hidup susah dengan saya dan andai kata ibu perlukan rawatan di hospital saya mahu berikan yang terbaik,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan jutawan tudung, Mawar Abdul Karim pada Oktober 2013. Hmetro


sumber asal

No comments:

Post a Comment