Monday, 4 April 2016

Macam Tidak Percaya!! Bekas Ketua Polis Negara Dedah Menteri Selalu Campur Tangan Siasatan Polis



#$"Saya masih ingat, seorang Ahli Parlimen pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk diselesaikan). Saya kata, 'Tan Sri, awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen."

Mengulas mengenai penggantinya, Tan Sri Ismail Omar juga dianggapnya sebagai seorang yang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

"Kamu baca akhbar, kadangkala kamu dengar ahli politik berkata, 'saya arahkan polis buat itu, buat ini," katannya apabila ditanya mengenai bentuk arahan yang diberikan kepada KPN pada ketika ini.

"Ismail orang yang baik tetapi menjadi seorang yang baik dan popular bukan adalah perwatakan seorang Ketua Polis Negara. Kamu perlu jadi lebih tegas. Kadang kala kamu perlu menjadi seorang yang lebih lantang kepada pihak atasan. Apabila tidak betul, jangan hanya kata ya.

"Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan menjadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan menjadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya," katanya secara bergurau.

Mengulas mengenai hubungan dengan Hishammuddin, Musa hanya menganggap mereka seperti kawan biasa tetapi didakwa sering mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD tanpa pengetahuan saya, jadi pasti ada suatu yang salah berlaku. Jadi saya tekankan kepadanya Seksyen 4(1) Akta Polis, arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan hak seorang menteri.

"Saya beritahu dia secara baik, tetapi dia tidak suka. Disebabkan itu juga jawatan saya tidak disambung," katanya.

Musa berkhidmat sebagai KPN bagi tempoh tiga belum sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kekurangan bukti.

Sidang akhbar itu dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM.

MyWatch mendakwa bahawa mereka mempunyai statistik jenayah yang sebenar daripada pasukan polis yang ditutuh mereka telah dimanipulasikan sebelum didedahkan kepada orang awam selain dari mengakui memiliki bukti yang melibatkan pegawai atasan polis dengan kumpulan bawah tanah.

Bagaimanapun. MyWatch merancang untuk mendedahkan secara berperingkat bermula minggu hadapan jika PDRM masih enggan memberikan kerjasama dengan mereka, lapor Suara Kami.


sumber asal

No comments:

Post a Comment